Sunday, December 12, 2010

Bunga Raya Bunga Kebangsaan

:: Bunga Raya Bunga Kebangsaan ::

Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu[1] (Hibiscus rosasinensis) ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan.
Bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia. Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan.

Pada akhir pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung. Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu.

Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan.


Bunga Raya
:: sumber ::
http://ms.wikipedia.org/wiki/Bunga_Raya


Jubli Emas: Bunga Raya Bunga Kebangsaan

... dalam ucapannya,  Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, sambutan 50 tahun bunga raya sebagai bunga kebangsaan itu diharap dapat mendidik dan mendekatkan generasi muda terhadap satu daripada lambang kemegahan negara yang menjadi signifikan pemersatuan rakyat, inspirasi dalam membentuk identiti negara, kemuliaan dan kegemilangan negara.

Beliau berkata, ia juga diharap dapat menyedarkan golongan tertentu supaya terus menghargai kedudukan Bunga Raya sebagai bunga kebangsaan.

:: dipetik dari sumber ::
http://jpninklang.blogspot.com/2010/10/jubli-emas-bunga-raya-bunga-kebangsaan.html ::

Logo Jubli Emas Bunga Raya Bunga Kebangsaan


:: yang ni pulak, link kepada video Lagu Tema Bunga Raya Bunga Kebangsaan. ::
http://www.youtube.com/watch?v=kCP2wMUTKLQ&feature=related



:: the conclusion is, i am so proud of this song. saya sangat sukakan lagu ini dan berharap seluruh warga Malaysia juga berbangga dengan bunga kebangsaan kita.