“Sesungguhnya besarnya pahala itu setimpal dengan kekuatan ujian. Sesungguhnya Allah, sekiranya Dia cinta kepada sesuatu kaum Dia akan menguji mereka. Sesiapa yang redha akan mendapat keredhaan dan sesiapa yang marah akan mendapat kemurkaan.” H.R al-Tirmidhi – Hukumnya Sahih (Sahih al-Jami’No. 992).
sabarlah..
batuk sudah, tidak boleh makan, fobia seiring...berpantang besar panjang. as a normal human being, being sick is unavoidable. but to think back, kita lebih bernasib baik menerima yang sekecil-kecil ujian yang Allah SWT boleh beri jika hendak dibandingkan dengan seberat-berat ujian untuk insan lain yang tidak mampu akal membayangkan..apalah sahaja bebanan ini untuk dikeluh?
Hikmah-hikmah adanya penyakit;
1. Menghapuskan Dosa dan Kesalahan
Rasulullah S.A.W bersabda:
مَا مِنْ مُسْلِمٍ يُصِيبُهُ أَذَىً مِنْ مَرَضٍ فَمَا سِوَاهُ، إِلّ حَطّ اللّهُ بِهِ سَيّئَاتِهِ، كَمَا تَحُطّ الشّجَرَةُ وَرَقَهَا
Maksudnya: Tidaklah seorang muslim ditimpa musibah satu penyakit atau yang sejenis dengannya, melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya, seperti pohon yang menggugurkandaun-daunnya.”(HR al-Bukhari No 5539 dan Muslim No. 6511)
2. Ditulis Pelbagai Kebaikan dan Ditinggikan Darjat.
3. Jalan Menuju Syurga
4. Terselamat Dari Api Neraka
Rasulullah S.A.W bersabda:
لَ تَسُبّي الْحُمّى فَإِنّهَا تُذْهِبُ خَطَايَا بَنِيْ آدَمَ كَمَا يُذْهِبُ الْكِيْرُ خَبَثَ الْحَدِيْدِ
Maksudnya: Janganlah kamu mencaci maki penyakit demam, kerana sesungguhnya dengan penyakit itu Allah akan menghapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran-kotoran (karat) besi. (H.R Muslim)5. Mengembalikan Hamba Kepada Allah dan Mengingati Kelalaiannya.
6. Mengingati Nikmat Allah Yang Lalu dan Yang Ada.
7. Mengingati Saudara-Saudara Kita Yang Sakit.
8. Agar Orang Yang Diuji Beristighfar.
Rasulullah S.A.W bersabda:
مَا مِنْ عَبْدٍ يُذْنِبُ ذَنْبًا فَيُحْسِنُ الطّهُوْرَ ثُمّ يَقُوْمُ فَيُصَلّيْ رَكْعَتَيْنِ ثُمّ يَسْتَغْفِرُ الَ إِلّ غَفَرَ الُ لَهُ
Maksudnya: Tidaklah seorang hamba melakukan satu dosa, lalu dia memperbaiki wudhu’nya kemudian berdiri lalu salat dua rakaat, kemudian meminta ampunan Allah, melainkan Allah mengampuninya. (Hadith Riwayat Ahmad. Dihukum Sahih dalam kitab sahih al-Targhib wa al-Tarhib No.1621)9. Penyakit dan Musibah Adalah Nikmat dan Anugerah.
10. Menyucikan Hati Dari Pelbagai Macam Penyakit.
...kesimpulannya, don't wait til it damage...... peace~
batok2 manja...gne ndak ka bunyi nya..
semua yg berlaku ada sbb musabab..n ada hikmah yg tersembunyi..even x nyata.. *cm skema jak ayat..hihi
batok2 manja...hahaha. aok ada hikmah n nikmatnya. since da jmp penawar baru, Insya Allah, sembuh...
ya la...hope cpt2 bait batok ya..
mudahan juak...da sik bmoral mala jak bkahak..heran jak mbiak ngga...hahaha