Thursday, December 16, 2010

Anda belum matang sekiranya....

Assalamualaikum,

penulisan kali ini adalah hasil daripada pembacaan  menerusi buku yang bertajuk Tentang Cinta. Skeptikal kan dari pembacaan pertama? Jangan ukur dan nilai buku dari luarannya... Petikan ayat-ayat di bawah adalah apa yang mampu dikongsikan di sini..

Anda belum matang sekiranya...

:: mhabiskan nilai kad telefon pra-bayar untuk berbual dengan kekasih sedangkan wang membelinya daripada kiriman ibu bapa anda...

:: rela menunggu berjam-jam, dalam hujan pula, untuk melihat gadis yang anda cintai melintas jalan sedangkan anda solat secara ekspress (kurang 2 minit untuk 4 rakaat) atau tidak solat langsung!...

:: sanggup membaca novel cinta yang beratus-ratus muka surat dalam tempoh sehari, padahal tidak pernah membaca Al-Quran walaupun satu muka surat setahun...

:: asyik terkenangkan wajah kekasih yang baru seminit berpisah dengannya, tetapi tidak terkenangkan pun wajah ibu yang telah berbulan-bulan tidak anda temui...

:: susah hati jika tidak menerima surat, email atau SMS daripada orang yang anda cintai sebaliknya anda tahu bahawa anda sendiri sudah lama tidak mengirim berita, menelefon atau memberi SMS kepada bapa anda di kampung...

:: lebih banyak mengucapkan kalimah "I Love you" berbanding kalimah zikir seperti Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar...

kesimpulannya, hidup tanpa cinta ialah hidup tanpa cita-cita. cinta yang terbaik ialah cinta yang bertalian dengan cita-cita..

sumber: Tentang Cinta (Pahrol Mohd Juoi)